Friday, April 21, 2017

Bagaimana untuk reset pen elektronik Al Quran

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini hari Jumaat.
Jom baca Quran.. heheh..
Entry kali ini Kay nak kongsikan bagaimana nak reset pen elektronik Al Quran kalau pen tersebut bila di cas, ada lampu dalam 3 hingga ke 5 minit, kemudia lampu terpadam. Seterusnya, pen tak boleh on. (ini adalah yang terjadi pada pen elektronik Kay) dan akhirnya selepas mencari maklumat di Internet, dapat juga pen tersebut berfungsi. Alhamdulillah.
Kalau tanpa pen tersebut, apalah gunanya.
Betul tak? Sebab kita beli set tersebut, supaya dapat membantu kita belajar dengan cara mendengar ayat ayat Al Quran.

Cerita banyak banyak tak best.
So, lets enjoy some pixx.

Sekian, terima kasih.


inilah dia muka depan kotak. Kay beli set ni di Dubai dengan harga dalam 100 hingga 150 dirham.  Apa yang Kay mahukan ialah buku Qaedah Nooraniyah. Qaedah Nooraniyah adalah salah saty cara untuk belajar membaca Al Quran. Macam di sekolah agama Khadeejah, cara Iqra'. Haa.. ada pulak cara Al Baghdadi. Memandangkan Kay dah belajar Qaedah Nooraniyah di Dubai, makanya Kay nak ajar anak anak guna kaedah tersebut. Disamping mereka belajar menggunakan Iqra' disekolah.
Di Malaysia juga ada set Al Quran ni. Kay pernah nampak di siaran TV Go Shop. Yang itu ikut versi Malaysia lah. 


ini adalah muka belakang kotak nya. Untuk info lanjut boleh layari www.darulqalam.com
Masalah yang selalu ditanya di laman web darulqalam ialah bila pen tidak boleh membaca Al Quran. Jawapan yang diberikan ialah berkemungkinan set yang dibeli tidak original. Tapi bagi masalah pen tak boleh On ni, tiada pula soalan dan jawapan. Makanya Kay cari di YouTube. mungkin ada troubleshooting. Malangnya tiada juga. Yang ada hanyalah bagaimana untuk cas pen elektronik sahaja.
Kay buat lagi carian dan terjumpa maklumat dalam bahasa Inggeris. heheh Rupanya ada tempat yang perlu ditekan untuk reset semula.
Kay terus belek- belek pen tersebut. 

ada 4 buku dalam set tersebut. antaranya ialah talking dictionary dan Sahih Muslim. 


Talking dictionary ni ialah perbualan sehari harian. 

ada juga Sahih Bukhari dan yang paling kay suka iaitu buku Qaedah Nooraniyah. 

itu contoh dalam buku Qaedah Nooraniyah. Dengan adanya pen tersebut, mudah untuk Khadeejah dan Ayshah belajar mengeja. heheh  

Gambar keseluruhan dalam set DarulQalam. Cara nak cas pen ialah cucukan sahaja USB CABLE cable macam kita cas handphone. Mudah..
p/s: abaikan tangan Shafeyyah Bella


inilah contoh Quran nya. ada warna warni. heheh
Sebetulnya, heheh Kay jarang guna Al Quran tersebut sebab selalu guna smartphone.
Seperti yang diberitahu awal tadi, Kay beli sebab nakkan buku Qaedah Nooraniyah sebab pada Kay, dan senang belajar baca Quran guna Qaedah Nooraniyah. 

Ada user manual. 


Cuma dalam manual tidak terangkan apakah lubang yang Kay tunjukkan.
itulah dia lubang untuk reset. Kay gunakan pin untuk cucuk sambil tekan butang ON/OFF. alhamdulillah.. pen dapat digunakan semula. Selamat mencuba!! 

No comments:

Post a Comment

Miri crocodile Farm and Mini Zoo Miri Experience

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar. harap sihat hendaknya. Kay baru sahaja melawat Miri Crocodile Farm. Rupanya ada Mini Zoo...