Sunday, July 16, 2017

Miri crocodile Farm and Mini Zoo Miri Experience

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar.
harap sihat hendaknya.
Kay baru sahaja melawat Miri Crocodile Farm. Rupanya ada Mini Zoo juga!!
Tujuan Kay ke sana ialah untuk Bellas tahu serba sedikit pasal Buaya memandangkan kami tinggal di Sarawak yang terkenal dengan Bujang Senang.
1 minggu sebelum nak melihat buaya, Kay dah beritahu mereka yang kita akan melawat taman buaya.
Kay tanya soalan yang berkaitan dengan buaya contohnya buaya makan apa, mata buaya bukak atau tutup, gigi buaya tajam atau tumpul.
macam macam jawapan daripada mereka..heheh..
Kami keluar rumah pukul 830pagi. Sarapan di Lutong. Tiba ke destinasi pukul 930 pagi.
Info berkaitan:
Waktu Operasi: Setiap hari, 9pagi hingga 6 petang
Bayaran masuk: Dewasa RM20, Kanak Kanak RM 10 untuk rakyat Malaysia( perlu tunjukkan kad pengenalan)
Aktiviti:
1.Crocodile Feeding ada 4 sesi iaitu 1030 pagi, 1130 pagi, 330 petang dan 430 petang. Akan ada pengumuman 10 minit sebelum aktiviti bermula.
2. Boleh beri makanan kepada haiwan( monyet, arnab,burung kakak tua, kelawar,kambing,biri biri,burung enggang, beruang, landak, kura-kura) yang ada di dalam taman dengan pisang yang dibeli di dalam kedai berharga seringgit untuk sesisir.
3. Boleh beri makan pada ikan Pirarucu. Ikan apa tu? Sila rujuk gambar ya...

Adakah berbaloi untuk dilawati?
Pada pendapat Kay, berbaloi ditambah lagi jika ada anak anak kecil. Mereka pasti teruja untuk melihat haiwan. Sepanjang lawatan, kawasan tidak berbau kuat. ada sesetengah kawasan sahaja berbau dan Masih boleh bernafas. Tandas juga bersih. Haiwan haiwan sihat dan cergas (dijaga).
Aktiviti Crocodile Feeding yang seronok!!

Tips:
1.Pakai seluar panjang
2.bawa minyak (supaya boleh disapu jika kulit gatal di gigit nyamuk)
3.sapu krim anti nyamuk (Ayshah Bella ada kena gigit nyamuk sikit..)
4.bawa air minuman. jika tiada, ada dijual di gerai didalam taman. air buah kelapa segar lun ada dijual. (buah kecil berharga 3 ringgit, sederhana berharga 4 ringgit, besar berharga 5ringgit)


Cerita banyak banyak tak best so lets enjoy some pixx!!

Sekian, terima kasih.

kami lalu Batu 1, di sepanjang jalan ada gerai menjual ikan segar. Sepanjang jalan di sebelah kiri ialah pantai.

Simpang nak masuk ke Miri Crocodile Farm




Tugu buaya yang mesti singgah untuk ambil gambar kenangan...


Peta taman buaya
Waktu operasi

Boleh rasai pengalaman beri buaya makan. Kupon berharga RM10. Lima kali bagi makan (5 ketul sayap ayam mentah yang diikat pada tali dan kayu)

Di pintu masuk ada sangkar ular..

Kulit buaya asli tergantung

ini adalah telur ular

Ini adalah telur buaya

What is your lucky nunber? 

tengok la puas puas..ini semua asli...
boleh beli pisang berharga seringgit untuk sesisir. boleh bagi makan kepada semua haiwan kecuali ular dan buaya.

ini adalah kawasan oemerhati untuk crocodile feeding. Waktu beri makan ialah 1030 pagi, 1130 pagi ,330 petang dan 430 petang. Ada 4 sesi ya...








tandas yang bersih. tiada bau hancing.

Boleh rasa sendiri (pegang) anak buaya. Percuma.
kalau nak bergambar, perlu bayar RM 10 untuk seorang.



Pesanan pihak pengurusan. Harta benda adalah tanggungjawab masing masing. Pihak pengurusan tidak bertanggungjawab jika harta benda dirampas oleh haiwan.

Khadeejah lahir pada tahun Arnab. Pengalaman bagi arnab makan.

Bagi kelawar pula makan pisang.


Mighty mighty eagle...  ada helang juga




Apakah itu Pirarucu? Cuba baca...
boleh bagi Pirarucu makan. dia makan potongan ikan yang diikat pada tali dan kayu. hati hati sebab rwntapan ikan ini kuat. Satu kali bagi makan (sepotong bahagian ikan) berharga satu ringgit.

Ada kucing di kawasan Pirarucu. tengah berehat.


Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...