Friday, September 8, 2017

How to apply Certificate of Status For Sarawak Purpose if the applicant is the wife

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua? Harap sihat hendaknya.
Tajuk entry kali ini ada serius sikit..heheh..
Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.
begitu lah pepatah yang membawa maksud, apabila berada di tempat orang, kita harus mengikut adab atau aturan tempat tersebut.
"Every land has its own laws" gittew...

Al Kisah, Kay orang Semenanjung yang lahir di sebuah kampung yang aman damai dan permai yang terlerak di Bandar Di Raja iaitu Kuala Kangsar, Perak.
Sekarang menetap di bandar kedua terbesar di Sarawak iaitu Miri.

Info: Bandar pertama ialah Bandaraya Kuching, bandar kedua ialah Bandaraya Miri dan diikuti Sibu.

Bila orang Semenanjung termasuk orang Sabah yang ingin memasuki Negeri Sarawak, mereka perlukan passport. Jika tiada passport, mereka akan diberikan kertas putih upon arrival yang membolehkan mereka tinggal selama 1 bulan.

Passport antarabangsa kan mahal, jadi ada pilihan untuk buat Dokumen Perjalanan Terhad (buku nya sama saiz passport Antarabangsa cuma warna nya biru, bukan merah).



Info: Sila simpan kertas putih tersebut elok elok bagi memudahkan urusan keluar masuk.

Sekarang Kay guna Dokumen Perjalanan Terhad yang valid untuk tempoh 3 bulan. Bila cukup 90 hari, Kay perlu ke Imigresen untuk memperbaharui lagi tempoh ( atau senag cerita, cop passport lah..). Kalau dalam tempoh tersebut, Kay ada keluar dari Sarawak, ok lah. Tak perlu ke pejabat Imigresen untuk cop.

Info: Harga Dokumen Perjalanan Terhad ialah RM 5 bagi tempoh 5 tahun.

Memandangkan Lau Kong 'rakyat kepunyaan Sarawak' , maka Kay ambil peluang untuk memohon Sijil Perakuan Taraf.
Tujuan nya?? Untuk memudahkan Kay menetap dengan aman di Bumi Kenyalang. Maksudnya, tak perlu lah risau, kena cop setiap 3 bulan. Kalau terlepas 3 bulan, kena bagi alasan kenapa lewat renew. Kay pernah terlewat cop, alasan nya sebab Kay berpantang kan Shafeeyyah Bella.

Dalam bab undang- undang, menurut hemat Kay, kita perlu lah ambil berat. Ikut undang-undang bagi memudahkan urusan. Afterall ini untuk keselamatan negara juga...(nampak tak semangat patriotik disitu?? heheh)

Tempoh proses permohonan mengambil masa 6 bulan.
Hurm, sememtara nak tunggu, Kay kena cop laaaa....


Cerita banyak-banyak tak best.
So lets enjoy some pixx!!

Sekian, terima kasih.


Inilah dia borang permohonan untuk perakuan taraf. Ada 3 mukasurat. ini yang pertama.








muka surat kedua


Ini mukasurat ketiga.
Jika tidak faham bagaimanaa untuk mengisi borang, sila jumpa dengan mana mana pegawai yang berada di kaunter. Alhamdulillah, urusan Kay dipermudahkan Berjumpa pegawai, dan dibantu. Kay fotostat borong tersebuy dan masukkan butir-butir yang diperlukan sambil dibantu oleh pegawai. Sekejap sahaja.

Ini adalah Senarai semak (checklist). Gambar ukuran passport, salinan surat beranak dan seterusnya. Boleh rujuk gambar.
Perlu bawa dokumen yang asli ya. Dalam nak sediakan dikumen asli ni, Sijil lahir Lau Kong pula tak jumpa. Apa penyelesaian nya? boleh ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan isi borang Cabutan. Jika orang Sarawak, buat di JPN dan akan dapat pada hari itu juga. Sebagai contoh, jika Kay yang memohon di JPN di Miri, Sarawak, akan mengambil tempoh sebulan kerana Kay bukan orang Sarawak. Perlu melalui  JPN di Kuching. Ini kerana Kuching merupakan pusat pentadbiran Negeri Sarawak. Jika Kay memohon di JPN di Semenanjung, boleh dapat pada hari tersebut juga.
Perlu bayar RM 5.

Borang ini di isi oleh suami.

Di isi oleh suami dan di sahkan Oleh pesuruhjaya sumpah. Kay pergi ke mahkamah Miri. Pilihan lain ialah, ke pejabat Daerah Miri yang terletak di Bangunan Baitulmal Miri, Aras 5.  Kay telefon pejabat Daerah Miri di talian 085411841, pada minggu ini tiada pegawai sebab sibuk dengan audit. Jadi disyorkan ke mahkamah. Alhamdulillah, urusan dipermudahkan  Sekejap sahaja dan bayaran ialah RM4.

1 comment:

  1. hi kay thank you for your informative post. nak tanya tempoh kelulusan ambik brapa lama? dlm blog tu you cakap process ambik 6 bulan so dari hari you send the borang semua tu ke imigresen sampai kena bagi document taraf sarawak tu ambik tempoh 6 bulan? kay ada followup ke dlm tempoh tu atau tunggu je? pasal i pun sama kes dgn u so nak tau sikit pasal benda ni. tq so much

    ReplyDelete

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...