Sunday, October 29, 2017

Poslaju dan serahan ke dua Miri

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini hari Ahad..
Masak ape untuk tengahari nanti???
ok.. Entry kali ini Kay nak kongsikan pengalaman mengambil barang di Poslaju Miri.
Ada Poslaju hantar barang semasa ketiadaan Kay dirumah.
Maka, seperti biasa, akan ada notis untuk kutip barang di Poslaju.
Tetapi, pada hari tersebut, Kay perasan ada tulis berkenaan serahan kedua.
Ini sudah bagus, sebab kita tak perlu ke Poslaju untuk kutip sendiri.
Macam Kay, agak sukar nak ke Poslaju semata mata nak kutip barang.
Sebab sibuk nak hantar anak sekolah dan sebagainya. Ditambah pula jalan nak ke Poslaju tak sama arah. Jadi, agak leceh.
Bila nombor telefon+60192789570 tertulis di kertas notis, terus Kay SMS untuk perkhidmatan serahan ke dua (Kay SMS waktu pagi dalam pukul 10 pagi) . Nombor tersebut hanya untuk SMS. .
Tapi tiada jawapan /balasan.
Makanya, Kay terus ke Poslaju Miri untuk kutip barang. sebab Takut kalau tak kutip barang, sebab barang akan dihantar semula ke pengirim.
Alhamdulillah, pada pukul 3 petang hari yang sama, Kay dapat SMS dari Poslaju.
Apa yang Kay nak kongsikan ialah.... nombor yang diberikan, boleh pakai. Kiranya kalau ada notis perlu kutip barang di Poslaju Miri, boleh sahaja SMS nombor tersebut untuk serahan kedua.  SMS elok elok. semoga InshaAllah akan dibalas. Cuma cepat atau lambat.
Last but not least, good job Pos Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Friday, October 27, 2017

Khadeejah Bella dan pelajaran sains

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Harap sihat hendaknya.
Hari ini hari Jumaat...Seperti biasa Kay hantar anak anak ke sekolah tadika.
Dalam perjalanan, Khadeejah tanya, kenapa lampu jalan menyala..
Hurm..Kay cakap la sebab hari belum terang sepenuhnya.
Khadeejah menambah, kalau matahari baru naik, itu morning katanya.
Kalau matahari di atas, itu afternoon. Kalau matahari turun, itu evening dan kalau matahari tak ada, itu night.

Kay cakap...betul!!---> so Kay tahu dia dah belajar pasal waktu di sekolah.
Selalu nya bila ambil dari sekolah, Kay kurang bertanya sebab nampak Khadeejah penat. Kay akan bagi dia tengok kartun di youtube. hehehe..
Itu sahaja perkongsian pagi ini.


Sekian, terima terima kasih.

Friday, October 13, 2017

Boleh kah laminate surat beranak atau sijil lahir

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Kay baru pulang dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Ada persoalan berkaitan MyKid Khadeejah Bella (Lahir di Kuala Lumpur) dan Mykid Ayshah Bella (lahir di Dubai).
Untuk pengetahuan, kami sekarang menetap di Sarawak.
Memandangkan kami bukan rakyat kepunyaan Sarawak, maka kami perlu cop pasport.
Tapi bagi Khadeejah dan Ayshah boleh masuk tanpa cop passport, cukup sahaja dengan menunjukkan sijil lahir yang asal di Imigresen di airport sebab bapa nya ialah rakyat kepunyaan Sarawak.
Untuk Shafeeyyah Bella, tiada masalah sebab lahir di Sarawak dan tertulis di MyKid.
Tak perlulah bawa sijil lahir asal/original bila nak keluar atau masuk ke Negeri Sarawak.
Memandangkan sijil lahir perlu dibawa setiap kali bila nak naik belon, maka Kay bertanya di kaunter JPN, boleh atau tidak sijil lahir di laminate?
Jawapan nya lebih baik dimasukkan kedalam fail lutsinar.
Sebab nya, sebagai contoh, bila nak daftar sekolah masuk tahun satu, sekolah perlu cop belakang sijil lahir. Kalau sekolah tak dapat cop, kemungkinan sekolah akan suruh buat sijil lahir yang baharu.
Lebih elok jika tidak di laminate. Cukup lah sekadar di simpan/ dimasukkan ke dalam fail lutsinar untuk mengelakkan dari kotoran atau terkena air.
Jika sudah laminate, dan perlu di buat baharu, bayaran sebanyak 5 ringgit akan di kenakan.

Itu sahaja info.

Sekian, terima kasih.

Thursday, October 12, 2017

Choc Muffin

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Entry kali ini nak share gambar mufin cokelat.

Cerita banyak- banyak tak best.
So lets enjoy some pixx!!

Sekian, terima kasih.

Resipi nya Kay hentam saja..Sebab resipi asal kena pakai 1 sudu teh bikarbonat soda dan 1 sudu teh baking powder, tapi tak jumpa bikarbonat soda, Kay masukkan 2 sudu teh baking powder.
Yang lain, macam biasa lah. tepung gandum, jangan pakai tepung ubi/tepung jagung dsb...hahah
Serbuk koko, gula, minyak/butter yang dicairkan, telur sebiji, esen vanilla untuk hilangkan bau hanyir telur, serbuk kopi (Kay pakai 1 sudu teh nescafe yang dibancuh dengan setengah cawan air panas).

Alhamdulillah. Jadi...boleh dijadikan bekal anak besok..

Khadeejah dan Jam tangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Harap sihat hendaknya.
Entry kali ini nak kongsikan pasal Khadeejah nak jam tangan.
Kay ada belikan jam tangan digital masa dia umur 4/ 5 tahun.
Masa tu belum pandai tengok jam.
Kay ada juga beli beberapa utas jam tangan yang murah. Untuk buat suka suka. Baru beberapa kali pakai, rosak..
Yelahhh..jam murah kot..heheh..

Sekarang di sekolah tadika dah belajar pasal jam.

Cerita banyak- banyak tak best.
So lets enjoy some pixx!!

Sekian, terima kasih.

Finding Nemo

Dinosours. Tapi Khadeejah taknak. Alasan nya Finding Nemo n Dino tu untuk boboi.

Frozen pon dia taknak. Ayshah yang nak Elsa. Tapi Kay cakap, kena pandai tengok jam dulu baru boleh beli.

Ini pon Frozen jugak.

Hello Kitty juga yang berkenan di hati. Semua jam di atas ialah Swatch di Kuala Lumpur (Jauh Kay survey..heheh). Biar yang tahan lasak sikit. Takdela kalau masuk air, dah rosak. Selain dari Swatch, Kay minta tolong Mak Long n Najwa tolong survey kan Hello Kitty di Butik Hello Kitty di Kuala Lumpur. Mungkin banyak pilihan dan cantik cantik. Tapi yang penting, mesti tahan lasak..


Tuesday, October 10, 2017

Khadeejah Bella menang mewarna Tom and Jerry di sekolah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Harap sihat hendaknya.
Entry kali ini Kay ingin abadikan kemenangan Khadeejah Bella.
Bukan lah pertandingan mewarna besar besaran, tetapi mewarna didalam kelas.
Hari ini, ada lawatan community service (CSR) dari pelajar Institut di Miri ke sekolah tadika Khadeejah.
Kelas Khadeejah (3 A) terpilih sebab kelas 3 B belum habis silibus pelajaran (sekarang bulan 10). Hujung bulan 10 dan awal bulan 11 akan berlangsungnya ujian akhir tahun.
Kelas Khadeejah, boleh dikatakan hampir habis silibus pelajarannya...

Cerita banyak-banyak tak best.
So lets enjoy some pixx!!

Sekian, terima kasih.

Kebetulan malam semalam Kay suruh Khadeejah mewarna. Bukan apa, sebab ada banyak buku yang belum diwarnakan. Dari membazir, elok diwarnakan..

Ini lah hadiahnya. Pensil warna 12 batang, Stabilo. Alhamdulillah. Kay Tanya, Apa yang kena warna. Khadeejah cakap, kucing (Tom) diwarnakan biru sebab tiada warna kelabu, perutnya warna pink, tikus (Jerry) diwarnakan coklat dan ada seekor anjing di warnakan hitam. Kay tak pasti pula, kemas atau tidak. Tapi kalau menang tu, mesti la kemas kan? heheh

Antara hasil warna kelas 3A. Pesta tanglung.

Ini Ayshah Bella mewarna di pertandingan mewarna di tadika. Tak menang pon. Tak apa. Teruskan usaha untuk tahun hadapan.

Hasil warna Khadeejah Bella

Wednesday, October 4, 2017

Tempat lahir

Assalamualaikun dan salam sejahtera.
Entrt kali ini Kay nak kongsikan sedikit perbualan dengan anak-anak.

Khadeejah Bella, 6 tahun : Khadeejah lahir di Kuala Lumpur
Ayshah Bella, 4 tahun : Ayshah lahir di kedai!! ( Dia pun  tak mahu kalah)
Mama, xx tahun : Bukan kat kedai lah..Kat Dubai...hehehe

Itu sahaja nak tulis..

Sekian, terima kasih.

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...