Friday, November 3, 2017

Roti goreng

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Sarapan apa tadi?
Entry kali ini Kay nak kongsikan apa menu sarapan pagi tadi.
Tiba tiba rajin nak menggoreng. Selalunya Kay kurang rajin nak menggoreng (menunggu depan periuk dan minyak panas).
Untuk makanan bergoreng, Kay selalunya guna air fryer.
Tapi air fryer demam dan masuk hospital.
Memandangkan ada roti putih dalam peti sejuk dan macam lama sangat makanya Kay membuat keputusan untuk membuat roti goreng.
Roti goreng ini selalu dibuat oleh mak mertua yang menggunakan inti ayam atau daging.
Memandangkan tiada ayam dan daging, maka Kay menggunakan sardin tin.

Cerita banyak-banyak tak best.

So let's enjoy some pixx.

Sekian, terima kasih.

Ini lah dia rupa roti goreng.  Inti dalamnya ialah telur ayam sebiji, sardin dalam tin, bawang besar di potong dadu.
Salutan luar ialah tepung gandum, air dan garam secukup rasa.
Khadeejah makan juga separuh.. 

No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...